tarian kreasi menyak (tarian melanau)
Sinopsis Tarian:
Pada zaman dahulu, tersebutlah kisah di sebuah desa yang indah, sekumpulan anak-anak muda yang terdiri daripada jejaka (jemelai) dan wanita (teluweh) sering berkumpul bersama-sama untuk menghasilkan sagu. Sifat tolong-menolong dan hormat-menghormati yang ada pada jemelai dan teluweh ini sering menjadi bualan dan ikutan penduduk setempat. Seantero benua menjadi bualan, jemelai-jemelai gagah mula menebang pokok rumbia atau balau. Manakala, teluweh-teluweh yang ayu menyediakan tempat untuk menghasilkan tepung sagu. Jemelai-jemelai perkasa membawa balau yang telah dikerat ke satu tempat untuk dibuang kulitnya. Dengan penuh lemah-lembut,isi pokok sagu diparut dan dipijak atau menyak oleh beberapa orang teluweh untuk mengeluarkan tepung sagu atau lemantak. Jemelai dan teluweh bersatu tenaga untuk menguli atau mengulud bahan-bahan seperti kelapa parut, beras, dan garam. Setelah diuli, campuran akan ditapis atau genugoh. Keharmonian dan persefahaman jemelai dan teluweh akhirnya mencapai kemuncak dalam penghasilan sagu apabila proses memasak sagu atau mu’ui dilakukan. Jemelai dan teluweh bersorak-sorai dengan penuh rasa gembira setelah berjaya menghasilkan sagu. Tradisi membuat sagu ini masih kekal utuh dalam masyarakat Melanau biarpun telah merentasi beberapa generasi. Selagi panggilan jemelai dan teluweh berkumandang, selagi itulah penghasilan sagu masih gah dan utuh menongkah zaman.